Entry kali ini gua nak share sikit cara-cara membuat pandan DIY. Aku ikhtiar cara ni sebab aku ni sengkek sikit. Tak tahan asyik nak kena beli sos dah siap kat kedai pancing. Mungkin la sos ni tak sehebat sos lain diluar sana. Tapi alhamdulillah bolehla janji dompet tak koyak.
Bahan bahan yang diperlukan :
1. 500g pandan Apito
Pandan ni boleh dibeli dekat kedai menjual bahan-bahan kek.
2. Vanilla dan Vanilin
Vanilla danVanilin ni pun ada jual kat kedai bahan kek. Vanilin harga dia memang mahal sikit.
3. RO drinking water
Apa-apa brand pun boleh asalkan jangan guna air paip.
Cara pembuatan :
1. Masukkan Apito Pandan sebotol tu ke dalam periuk.
1. Masukkan Apito Pandan sebotol tu ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkkan Air RO tadi. Sukatan dia secukup rasa asalkan tak pekat sangat, tak cair sangat.
3. Hidupkan api kecil sahaja. Gaul setiap masa.
4. Bila macam dah berwap sikit, masukkan Vanilla dengan Vanilin kedalam periuk. Sukatan adalah RAHSIA. Sorry ye, pepandai la R&D sendiri.
5. Bila agak-agak semua dah sebati, padamkan api dan biarkan Pandan tadi sejuk.
Bau lemak akan lebih padu daripada bau asal sebelumnya.
6. Setelah sejuk, boleh la pindahkan kedalam bekas yang ada rasa sesuai untuk simpan.
Sukatan air tadi penting terutama bagi yang nak pakai spray. Kalau pekat sangat, tak boleh nak spray kembang.
Contoh adunan bila dah disembur pada roti.
Bancuhan ni sebenarnya adalah bancuhan asas. Mengikut pengalaman aku, bancuhan pandan ni boleh je terus pakai. Tapi aku suka buat tambahan modifikasi sendiri. Modifikasi rahsia kakakakaka.
Ini hanyalah ikhtiar kita sahaja untuk mengelak jadi bangau di tepi kolam. Semua rezeki datang dari Allah.
Okay, itu sahaja yang telah aku kongsikan untuk kaki kaki pacak semua. Semua ilmu yang dikongsikan bermanfaat. Salam dopan jauhhhhhhh !






No comments:
Post a Comment