Thursday, February 18, 2016

Umpan Patin kolam (Teknik tanam)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Gua sebenarnya baru je berjinak jinak memancing kolam air tawar ni. Saje la share sikit umpan yang gua selalu pakai sejak dah tak membangau sangat ni. Thanks sifu gua ajar basic cara membuatnya. Lepastu pepandai la gua gegodek sendiri hahaha.

Bahan bahan yang diperlukan :

1. 3kg pallet 920
Aku suka guna pallet 920 ni sebab ia sangat sesuai untuk main tanam. Otai otai kata patin patin aboh bapak dinosaur main kat dasar. So kita main tanam la apa lagi.Tapi ikut pengalaman aku, rempit pun bedal jugak kalau kolam tu ikan dah banyak sangat hahahaha.

2. 3 plastik kelapa
Dekat pasar pagi tempat aku, 1 paket ni baru RM1. Ni pun mak aku yang ajar beli kat pasar pagi. Sebelum ni aku beli kelapa sebijik. Mahal. 1 paket ni untuk 1kg. Kalau tempat korang takde jual macamnie, pepandai la korang bajet kelapa ni berapa banyak.

3. Santan kotak 1 liter
Santan kotak ni tak kisah pun apa brand. Aku suka guna santan kotak sebab dia lebih pekat dan kaw.

3. Pisang Star Brand
4. Tong cat


Cara pembuatan :

1. Masukkan pallet 920 tadi kedalam tong cat
2. Kemudian masukkkan santan dengan kelapa kedalam blender. Lepastu blender sampai lumat.
3. Adunan kelapa dengan santan tadi dituang kedalam tong berisi pallet tadi. 
4. Tutup tong cat tu. Peram sekurang-kurangnya sehari semalaman.

Bancuhan ni sebenarnya adalah bancuhan asas. Mengikut pengalaman aku, bancuhan umpan ni lepas peram sehari semalaman boleh je terus pakai. Tapi aku suka buat tambahan modifikasi sendiri. Modifikasi rahsia kakakakaka.

Ini hanyalah ikhtiar kita sahaja untuk mengelak jadi bangau di tepi kolam. Semua rezeki datang dari Allah. Aku tak jamin konfem pacak tapi dekat kolam tempat aku kalau kena masanya, tak menang tangan pakai bancuhan pallet ni. Kadang-kadang, tongsan pun datang turun bawah makan umpan ni. Rohu pun aku pernah dapat padahal aku baling tengah kolam.

Okay, itu sahaja yang telah aku kongsikan untuk kaki kaki pacak semua. Semua ilmu yang dikongsikan bermanfaat. Salam dopan jauhhhhhhh !



12 comments:

  1. pallet 920 mana beli harga tu?

    ReplyDelete
  2. Kalu rahsia baik tak payah tujuk nk buat umpan ni.tak payah post pun.kwn dok tanya tanye je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halahh bisinglahh. Takkan semua nak suap. Aku dah bagi nasi putih, lauk pauk ko pandai² la cari sendiri. Haiyaa.

      Delete
  3. Replies
    1. Separuh botol masa peram. Separuh lagi kat tepi kolam.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Pallet 920 saya npe terapung ye,santan+air panas 1.4liter tpi terapung gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peram lama sikit 3 hari. Try jangan guna air panas. Ikut macam saya buat.

      Delete
  6. Ade jenis 920 saiz besor. Yg ni tak sesuai ke yob?

    ReplyDelete