Friday, October 28, 2016

Sos tempe peram

Assalamualaikum. 
Entry kali ini aku nak share pasal cara-cara membuat sos tempe peram. Sos ni boleh digunakan dengan roti mahupun pallet.

Bahan-bahan yang diperlukan : 

1. 2kg santan cair
2. Tempe
3. Esen pisang


Cara-cara pembuatan :

1. Masak santan sehingga terbit minyak muda kemudian biarkan ia sejuk seketika.


Minyak muda ni macam tompokan air jernih atas permukaan santan.
2. Hiris tempe kecil-kecil kemudian masukkan ke dalam blender bersama santan yang telah dibiarkan sejuk.


Kisar sehingga lumat tempe dan santan tadi.

3. Tuangkan hasil kisaran tadi ke dalam botol tahan tekanan tinggi kemudian letakkan esen pisang secukup rasa.


Ikut suka nak letak banyak mana.

4.  Tutup botol tersebut dan letakkan di tempat yang sesuai.


Peram sos lebih kurang sebulan sebelum sedia digunakan.

Cara-cara penggunaan :

1. Boleh digunakan pada potongan roti dadu sebagai bahan tambahan selain daripada paste perasa seperti strawberry mahupun pandan.

2. Untuk penggunaan pada pallet, boleh terus dituangkan pada pallet atau pun dicampurkan dengan kelapa parut dahulu kemudian baru dicampurkan dengan pallet seperti dalam entry pertama.


Resepi ni aku belajar dengan sorang brader masa berkenalan dekat kolam. Dia pun baru belajar belajar memancing jugak macam aku. Lepas peram lebih kurang 2 bulan lebih, aku cuba nasib masuk game kat Kolam Pancing Joran Terbang. Saja nak test sos peram ni sebagai bahan tambahan pallet. Alhamdulillah pacak, melekat satu ranking alhamdulillah.

Semoga apa yang aku kongsikan bermanfaat. Salam dopan jauhhhhhhh !

Perambut dua mata

Assalamualaikum
Entry kali ini gua nak share sikit cara-cara membuat perambut dua mata. Perambut ni selalu digunakan jika anda nak guna teknik tanam. Selalu aku main pallet la guna perambut ni.

Bahan-bahan yang diperlukan : 

1. Mata kail Chinu saiz 9
2. Swivel
3. Braided line


Ikut terpulang jenama yang bersesuaian


Selalu aku pakai perambut guna braided Power Pro 65lb

Cara-cara pembuatan :


1. Potong braided line lebih kurang 16inch
2. Ikat mata kail di ke dua-dua belah hujung tali



Aku suka guna Rebeck Knot untuk ikat mata kail (https://www.youtube.com/watch?v=spONrk96yW8)


3. Buat ikatan Palomar pada swivel kemudian ketatkan ikatan menggunakan gunting dan playar


Mata kail disangkutkan pada gunting supaya apabila playar ditarik, kedudukan kedua-dua belah mata sama panjang.


4. Ikatan yang telah siap dan sedia untuk digunakan.




Saturday, October 8, 2016

Spring/Bom DIY

Assalamualaikum
Entry kali ini gua nak share sikit cara-cara membuat spring atau pun bom buatan sendiri. Harap ilmu yang aku kongsikan ni bermanfaat untuk semua. Spring ni sangat berguna terutamanya untuk orang yang baru belajar memancing. Nak kepal pallet/dedak pun tak pandai. Baling pecah baling pecah. Guna spring ni senang sikit nak kepal.

Antara barang-barang yang diperlukan :




1. Spring
2, Tiub akuarium
3. Tali
4. Swivel
5. Plier
6. Gunting



Spring saiz 6cm

Swivel Ichiban ni aku pilih sebab ia murah dan kuat. Pastikan masa beli swivel, pilih saiz yang besar. Kalau kecil sangat nanti nak ikat tali tak muat

Tali ni aku taktau la tali apa. Tapi memang selalunya kedai pancing ada jual. Pilih saiz yang sesuai dengan swivel tadi



Cara-cara pembuatan :

1. Buka dawai tengah spring. Potong guna cutter pun boleh. Tapi kalau pandai, dawai tu senang je nak buka guna tangan.
Dulu mula-mula aku guna je terus spring yang beli kat kedai ni. Tapi pernah aku dapat ikan, dawai tengah tu terbuka. Terus aku dapat idea nak buat spring macam yang aku ajar ni

2. Potong tiub akuarium tadi panjang dia ngam-ngam je dengan panjang spring.


3. Lepastu masukkan tali ke dalam tiub kemudian spring lepastu manik dan kemudian ikat pada swivel.
Rujuk turutan dalam gambar

4. Buat turutan yang sama untuk hujung lagi satu kemudian ikat swivel.

Pastikan ikatan swivel ke manik betul ketat dan rapat supaya spring tak goyang-goyang keatas kebawah.



5. Potong lebihan tali ikatan tadi kemudian layur dengan lighter lepastu kepit dengan plier untuk lebih kemas.


Setel dah semua cara pembuatan spring ni. Kat bawah ni antara yang aku dah ikat. Setakat ni spring ikatan aku ni tak mengecewakan. Dah pernah naikkan patin 20kg, Mekong 13kg. Lupa nak bagitau, spring yang aku buat ni boleh jugak digunakan untuk yang suka main pelampung.

Ikat banyak-banyak nanti nak pakai tinggal ambil je. Kan senang !

Yang ni dah siap ikat mata kail

Sekian ini sahaja yang aku nak kongsikan kali ini. Semoga apa yang kongsikan bermanfaat untuk semua. Salam pacak dari aku. Dopaaaan jauuuuuuhhhhhhhhh !






Monday, August 29, 2016

Umpan Tepung/Minyak/Cengkodok

Assalamualaikum
Entry kali ini gua nak share sikit cara-cara membuat Umpan Tepung/Minyak/Cengkodok. Bagi aku ni lah umpan paling jimat sekali untuk air tawar haha. 
 Bahan bahan yang diperlukan :
1. Tepung gandum

2. Minyak masak
3. Paste pandan atau strawberi
Ikutla nak guna yang mana suka
4. Paste pisang
 5. Sebiji telur
Ambil putihnya sahaja
Cara pembuatan :

1. Tuangkan 100ml minyak masak ke dalam bekas.

2. Masukkan 6 tutup paste pandan atau strawberi.
3. Masukkan 2 tutup paste pisang.
4. Masukkan putih telur.
5. Kacau semua adunan tersebut sehingga rata.
Campuran minyak, paste dan putih telur
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul adunan sehingga rata. Tambahkan tepung jika adunan terlalu lembik.
Gaul sehingga rata
Cara penggunaan :

1. Potong Bin Bin mengikit saiz yang sesuai
2. Gunakan perambut V cangkukkan Bin Bin pada mata
3. Salut mata kail tadi dengan umpan yang telah siap.
Comel je rasa macam nak makan

Umpan Rohu

Assalamualaikum
Entry kali ini gua nak share sikit cara-cara membuat Umpan Rohu. Umpan ni gua belajar dekat Facebook. Tapi adalah sikit olahan sendiri sebab perbezaan barang yang ada. Hasilnya alhamdulillah rohu terbang lah ceritanya haha. 

Bahan bahan yang diperlukan :

1. 1kg dedak ayam kuning hancur
Dekat tempat aku 1kg RM1.50
2. Dedak 929

Tak pasti berapa beratnya 1 paket
3. 1 paket Power bait hijau (buka mulut)


4. Paste pandan

5. Minyak belangkas hitam
Boleh jugak kalau nak pakai minyak tebu atau belangkas putih.

Cara pembuatan :
1. Campurkan adunan dedak ayam, dedak 929 dan Power bait hijau.

2. Kemudian masukkkan Air drinking water atau air kolam lebih kurang 500ml dalam bekas.Lepastu tuang 10 tutup paste pandan dan masukan setengah botol minyak belangkas hitam.

3. Masukkan adunan dedak tadi kedalam bancuhan air dan gaul rata.

4. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesedap rasa untuk dikepal.

Cara penggunaan :
1. Lenyek roti menggunakan botol sos kemudian potong dadu kecil² roti tersebut dan letakkan perisa pandan pada roti.
2. Cucuk roti pada mata kail.
3. Kepal bancuhan dedak pada spring.

Sedia untuk digunakan


Sunday, May 22, 2016

Sos Pandan Jimat

Assalamualaikum.
Entry kali ini gua nak share sikit cara-cara membuat pandan DIY. Aku ikhtiar cara ni sebab aku ni sengkek sikit. Tak tahan asyik nak kena beli sos dah siap kat kedai pancing. Mungkin la sos ni tak sehebat sos lain diluar sana. Tapi alhamdulillah bolehla janji dompet tak koyak.

Bahan bahan yang diperlukan :
1. 500g pandan Apito
Pandan ni boleh dibeli dekat kedai menjual bahan-bahan kek.

2. Vanilla dan Vanilin
Vanilla danVanilin ni pun ada jual kat kedai bahan kek. Vanilin harga dia memang mahal sikit.

3. RO drinking water
Apa-apa brand pun boleh asalkan jangan guna air paip.

Cara pembuatan :
1. Masukkan Apito Pandan sebotol tu ke dalam periuk. 
2. Kemudian masukkkan Air RO tadi. Sukatan dia secukup rasa asalkan tak pekat sangat, tak cair sangat.
3. Hidupkan api kecil sahaja. Gaul setiap masa.
4. Bila macam dah berwap sikit, masukkan Vanilla dengan Vanilin kedalam periuk. Sukatan adalah RAHSIA. Sorry ye, pepandai la R&D sendiri.

5. Bila agak-agak semua dah sebati, padamkan api dan biarkan Pandan tadi sejuk.
Bau lemak akan lebih padu daripada bau asal sebelumnya.

6. Setelah sejuk, boleh la pindahkan kedalam bekas yang ada rasa sesuai untuk simpan.
Sukatan air tadi penting terutama bagi yang nak pakai spray. Kalau pekat sangat, tak boleh nak spray kembang.



Contoh adunan bila dah disembur pada roti. 

Bancuhan ni sebenarnya adalah bancuhan asas. Mengikut pengalaman aku, bancuhan pandan ni boleh je terus pakai. Tapi aku suka buat tambahan modifikasi sendiri. Modifikasi rahsia kakakakaka.

Ini hanyalah ikhtiar kita sahaja untuk mengelak jadi bangau di tepi kolam. Semua rezeki datang dari Allah. 

Okay, itu sahaja yang telah aku kongsikan untuk kaki kaki pacak semua. Semua ilmu yang dikongsikan bermanfaat. Salam dopan jauhhhhhhh !


Sunday, April 3, 2016

Gigil tangan.

Assalamualaikum. 
Fuhh dah nak 2 bulan gantung joran. Gatal dah tangan nak pacak. Sabar jelah tunggu cuti nanti. Saje nak share sikit set yang tak sabar gua nak guna beraksi. Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Rod
Rod ni aku terjumpa dekat Facebook orang jual online RM185 siap pos untuk saiz 7 kaki. Kalau boleh aku taknak la pos. So merata lah aku pusing area Melaka ni. Lebih kurang 6-7 buah kedai jugak la. Ada satu kedai ni jual, tapi 10 kaki. Frust jugakla time tu. Last kedai aku pergi ada jual saiz yang aku nak, aku tengok price tag RM234 tak silap. Last price RM200. Fuhh bertambah frust. Nak taknak kena beli online jugak la. Lagipun tokey kedai tu bagi diskaun RM175 je. Aku pun beli la sebab dah berkenan sangat haha.


                                                                 Lemax Water War

Reel
Shimano FX 2500FB pada mulanya aku belasah buat mancing kolam. Hanya berbekalkan max drag 3kg kesian pulak orang sebelah gua kena sabar tunggu gua naikkan ikan. So gua sambar la mesin yang ni. Tetap masih setia dengan Shimano Malaysia. Kalau buat masuk game ke takdela orang kanan kiri bising ikan tak naik naik haha. Padahal tak pernah masuk game pun.
  Shimano Nexave 4000FD

Line
Lepas beli Nexave, taktau nak letak tali apa. Saja jalan jalan kat TCE Tackles, terjumpa tangsi ni. Nampak menarik. Murah pulak tu. Diameter pun kecik. So gua sambar la 50lb punya. Harga dalam RM12 tak silap untuk 150m. Lantakla orang nak kata apa, tapi aku memang suka guna tali berkapasiti besar. Konfiden tu lebih sikit.
  VIP Access Sensor line
Itu sahaja kali ini. Set tak seberapa dari newbie. Salam pacak untuk semua. Dopaan jauhhhhh !



Thursday, February 18, 2016

Umpan Patin kolam (Teknik tanam)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Gua sebenarnya baru je berjinak jinak memancing kolam air tawar ni. Saje la share sikit umpan yang gua selalu pakai sejak dah tak membangau sangat ni. Thanks sifu gua ajar basic cara membuatnya. Lepastu pepandai la gua gegodek sendiri hahaha.

Bahan bahan yang diperlukan :

1. 3kg pallet 920
Aku suka guna pallet 920 ni sebab ia sangat sesuai untuk main tanam. Otai otai kata patin patin aboh bapak dinosaur main kat dasar. So kita main tanam la apa lagi.Tapi ikut pengalaman aku, rempit pun bedal jugak kalau kolam tu ikan dah banyak sangat hahahaha.

2. 3 plastik kelapa
Dekat pasar pagi tempat aku, 1 paket ni baru RM1. Ni pun mak aku yang ajar beli kat pasar pagi. Sebelum ni aku beli kelapa sebijik. Mahal. 1 paket ni untuk 1kg. Kalau tempat korang takde jual macamnie, pepandai la korang bajet kelapa ni berapa banyak.

3. Santan kotak 1 liter
Santan kotak ni tak kisah pun apa brand. Aku suka guna santan kotak sebab dia lebih pekat dan kaw.

3. Pisang Star Brand
4. Tong cat


Cara pembuatan :

1. Masukkan pallet 920 tadi kedalam tong cat
2. Kemudian masukkkan santan dengan kelapa kedalam blender. Lepastu blender sampai lumat.
3. Adunan kelapa dengan santan tadi dituang kedalam tong berisi pallet tadi. 
4. Tutup tong cat tu. Peram sekurang-kurangnya sehari semalaman.

Bancuhan ni sebenarnya adalah bancuhan asas. Mengikut pengalaman aku, bancuhan umpan ni lepas peram sehari semalaman boleh je terus pakai. Tapi aku suka buat tambahan modifikasi sendiri. Modifikasi rahsia kakakakaka.

Ini hanyalah ikhtiar kita sahaja untuk mengelak jadi bangau di tepi kolam. Semua rezeki datang dari Allah. Aku tak jamin konfem pacak tapi dekat kolam tempat aku kalau kena masanya, tak menang tangan pakai bancuhan pallet ni. Kadang-kadang, tongsan pun datang turun bawah makan umpan ni. Rohu pun aku pernah dapat padahal aku baling tengah kolam.

Okay, itu sahaja yang telah aku kongsikan untuk kaki kaki pacak semua. Semua ilmu yang dikongsikan bermanfaat. Salam dopan jauhhhhhhh !