Sunday, April 30, 2017

Radar pancing loceng

Assalamualaikum. 

Entry kali ini aku nak share pasal cara-cara membuat radar pancing loceng. Benda ni aku reka sendiri tercetus idea entah dari mana. Sebabnya aku ni kalau mancing kolam selalu jenis sambil lewa. Kadang² aku main handphone la, kadang tu aku baring dekat pondok tu sambil lelap² mata (lagi² kalau bangau hahaha).  

Bahan-bahan yang diperlukan : 

1. Sepit baju
2. Tali benang
3. Loceng pancing
4. Pelampung gabus

Cara-cara pembuatan :

1. Ikatkan semua bahan tersebut seperti yang tertera di dalam gambar.



Kalau boleh cari penyepit yang agak berkualiti supaya besi tengah tu tak senang tercabut

Pilih pelampung jenis yang sesuai supaya bila radar jatuh dalam air, tak tenggelam. Senangla korang nak tangguk balik
Tadaaaa ! Radar pancing loceng is in action broooo
Aku harap entry kali ni dapat membantu pemancing yang jenis lalai macam aku ni hahaha. Setakat ni aku pakai memang berkesan. Walaupun tengah leka, bunyi je loceng, terus akan jadi alert tengok pancing. Selamat mencuba gaisss. 

Semoga apa yang aku kongsikan bermanfaat. Salam dopan jauhhhhhhh ! 





Tuesday, April 4, 2017

Umpan Kolam Pancing Seksyen 24

Assalamualaikum. 
Entry kali ini aku nak share pasal cara-cara membuat umpan pallet untuk Kolam Pancing Seksyen 24

Bahan-bahan yang diperlukan : 

1. 2kg Pallet E8 (Kedai Seksyen 17)

2. Kelapa

3. Esen Pisang

4. Esen Ros

5. Esen Nanas

Cara-cara pembuatan : 

1. Campurkan esen Pisang, Ros dan Nanas ke dalam satu bekas.

2. Rendam 2kg Pallet E8 dengan air selama 30 saat kemudian tos kan.

3. Masukkan kelapa parut kemudian gaul rata.

4. Tuang 3 tutup campuran esen tadi kedalam pallet E8 tadi dan gaul rata.

5. Tutup dan biarkan umpan diperam selama 2 hari.